bersanding

SILAT PENGANTIN - FAZRULL & LISA | PAROI

March 28, 2017


Seni Pencak Silat yang diwarisi daripada zaman nenek moyang kita yang semakin dipinggirkan. Diakui yang masih ada pewaris-pewaris seni bela diri ini yang masih mengamalkan dan diperturunkan kepada generasi-generasi mereka tetapi amat sedikit bilangananya. Dulu Seni Pencak Silat ini sering dimainkan atau dipertontonkan kepada umum apabila adanya keraian seperti majlis perkahwinan atau mengalukan kedatangan tetamu VVIP ke kawasan kita.

Namun ianya sangat jarang ditemui ketika ini tanpa kita sedari. Adapun permainan pencak silat ini bila dipertontonkan di majlis kenduri kahwin kita boleh mengagak berapa umur pesilat ini kerana jarang kita melihat generasi baru ingin menguasai seni bela diri ini.

Apapun saya amat bertuah kerana di satu majlis perkahwinan yang saya hadiri terdapat seorang pemuda yang begitu bangga memakai pakaian seperti pahlawan terbilang dan mempersembahkan langkah-langkah seni silatnya dengan begitu teratur dan bergaya. Berbangga lah kita bila masih ada generasi seperti ini yang berbangga mempamerkan warisan nenek moyang kita ini dengan begitu bergaya sekali.

Terima kasih..
Klik utk lihat lebih gambar... disini