MASJID HUSSAIN SEREMBAN 2 NEGERI SEMBILAN

February 15, 2017


Pada minggu lepas berkesempatan untuk memotret Masjid ini. Masjid Hussain Seremban 2 ini telah beberapa kali menarik perasaan saya untuk segera memotret keindahan senibina bangunan ini yang bercirikan senibina Islam Turki. Minggu lepas adalah masa yang agak senggang dan cuaca juga sangat mengizinkan jadinya alhamdulillah terhasil seni ini.

Walaupun saya bukan kariah di Masjid ini namun telah beberapa kali saya berjemaah di sini. Sangat sempurna dan begitu mesra sekali walaupun baru pertama kali kita menjejakkan kaki di Masjid ini. Itu yang saya rasa dan Masjid ini juga telah pernah menyelamatkan saya semasa salah satu sesi outdoor untuk pasangan yang baru berkahwin yang sedang saya lakukan ketika itu.

 Bersebelahan bangunan Masjid ini adalah sebuah taman riadah yang agak besar dan cantik, juga sangat sesuai untuk sesi outdoor. Seremban City Park adalah nama taman tasik bersebelahan Masjid ini. Telah beberapa kali saya membawa beberapa pasangan Pengantin Baru untuk datang ke sini bagi memotret gambar untuk diabadikan sebagai kenangan terindah di hari persandingan mereka.

Apa yang berlaku adalah semasa saya dan pasangan pengantin ini tiba di Seremban City Park hujan turun renyai-renyai. Alamak... kamera saya dah ready, pengantin pun dah sampai.. kalau di tunda mana mungkin boleh dapat makeup secantik ini dan pakaian pula perlu dipulangkan kepada Mak Andam. Tanpa menunggu saya sedapkan hati mereka dengan mengajak buat photoshoot di bawah gazibo/pondok wakaf berbumbung yang ada agak banyak disekeliling tasik.

Lebih 30 minit tapi masih belum ada tanda-tanda hujan renyai-renyai ini akan tamat. Sedang kami buat photoshoot pulak ada satu kumpulan keluarga datang berteduh di gazibo yang sama. Terus hilang mood pasangan pengantin ni (bukan marah tapi tiba-tiba gambar nampak keras, sebab dua-dua pengantin jadi malu bila ada org lain yang melihat mereka) Hah!!! tak boleh jadik... terus rest saya cakap kita ambil angin sekejap. 

Tengah tengok-tengok sekeliling sambil cari idea kot ada tempat lain yang boleh pengantin saya ni hilang malunya atau agak terasing daripada padangan orang lain. Ternampak kubah Masjid Hussain dan terdetik.. "Jom kita pergi Masjid" Pengantin tu pun terus cakap "JOM" serentak. Tak tau la samada diaorg dah baca niat saya atau diaorang cuma nak lari dengan segera daripada pandangan orang lain terhadap mereka.. JOM...

Sampai di Masjid Hussain,,, terus minta izin dengan Pakcik Pengawal yang ada di dalam pondok pengawal. Ceritakan serba sikit yang diaorang ni baru berkahwin dan sedang buat photoshoot tapi cuaca hujan. Jadi dengan muka sedih saya minta izin supaya boleh kami sambung sikit shj lagi. "Ok boleh tapi jangan masuk dalam... sebelah bahagian luar sahaja" OK PAKCIK ;)

Ini salah satu gambar yang saya ambil dibahagian hadapan lobi masjid..


Ok kalau nak tengok lebih lagi gambar-gambar yang saya ambil semasa di taman dan di perkarangan masjid ini boleh klik di sini

Ok dah cukup melalut pasal kerja pulak hehehehe... Maaf yea... kembali kepada tajuk asal posting ini adalah berkaitan serba sedikit mengenai sejarah Masjid Hussain yang saya ambil daripada Laman Web Pejabat Tanah dan Daerah Seremban. So kalau anda di Seremban jangan lupa untuk singgah di Masjid ini untuk beribadah kepada-Nya dan menghayati keindahan senibina Masjid Hussain ini...   


Seremban, 24 Okt, 2014 - Pada hari ini telah diadakan satu perasmian masjid baru di Seremban 2.Masjid dinamakan Masjid Hussain telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Mohamad bin Hassan.
Masjid Hussain, yang terletak di Seremban 2 juga dibina masjid kedua seumpamanya di Negeri Sembilan dengan pemasangan bahagian dalamnya mesra, dengan itu memainkan peranan yang besar sebagai pusat agama dimuatkan dengan aktiviti.Masjid ini berkeluasan lebih daripada 20,000 meter persegi dan ditadbir serta dibiayai oleh MAINS.
Masjid yang dibina dengan kos RM 22.6 juta ini bermula sejak 2012 dan telah siap pada pertengahan Oktober dan sebelum solat Jumaat secara rasmi digunakan hari ini. Keunikan masjid ini terletak di kawasan rekreasi berhampiran tasik.Masjid bercirikan seni bina Islam Turki juga menyediakan pelbagai kemudahan moden termasuk perpustakaan, bilik komputer di samping kemudahan asas untuk jemaah.
Masjid ini mempunyai kapasiti lebih daripada 2,500 orang pada satu-satu masa, termasuk ruang solat untuk 400 wanita. Mengulas mengenai masjid baru ini, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan menjadi pengerusi masjid untuk memantapkan pengurusan masjid ini. Beliau juga mencadangkan bahawa masjid ini dibina bukan sahaja untuk ibadat sahaja, tetapi juga pusat komuniti yang terbaik untuk semua orang Islam.Malah beliau berharap masjid yang lama ditunggu-tunggu ini akan dimanfaatkan penduduk tempatan, ia adalah tanda bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan pertumbuhan Islam di negara ini.

You Might Also Like

0 comments