Photoshoot ini adalah permintaan sahabat sebenarnya. Kami tiada kemudahan studio tetapi disebabkan sahabat ini memerlukan gambar yg boleh membantu mereka utk memasarkan produk baru di pasaran makanya terjadilah sesi photoshoot ini. Studio ini telah disewa utk 3 jam bagi merealisasikan event ini.
Majlis ini telah dilangsungkan pada 13 Mac 2016 di rumah Ibu dan Bapa lelaki pasangan ini di Meru, Klang, Selangor. Majlis bermula dengan kumpulan berzanji mengalunkan selawat dan mendoakan semoga kehadiran ahli baru ini diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Majlis yang penuh dengan warna warni di amat bermakna buat mereka kerana kehadiran cahaya mata yang pertama ini adalah pengukuh kepada ikatan kasih sayang diantara mereka berdua. Tahniah diucapkan kepada pasangan Pn. Siti dan suami.
Pada 06 Mac 2016 yang lalu telah berlalu satu lagi Jamboree di Pasir Gudang Johor. Saya telah berkesempatan untuk hadir sama bagi mendapatkan beberapa keping gambar utk perkumpulan Vespa Scooter ini. Tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya melangsungkan event ini.